Friday, October 30, 2009

RIBUAN AMPUN DAN MAAF





Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf, kepada pengunjung blog ini, kerana sekian lama saya tidak dapat mengemaskinikan blog ini.

Dalam tahun 2008, (tahun lepas) saya dapat menyertai Program Basmi Kemiskinan, dibawah Program GIATMARA.pada mulanya agak sukar sekali, kerana, mereka berpendapat OKU adalah di bawah Jabatan Kebajiikan Masyarakat. tapi oleh kerana pegawai yang saya berurusan itu boleh dibawa berbincang, maka akhirnya saya berjaya mengendalikan lima program, setiap satu program, 20 peserta, saya gunakan peluang yang ada, iaitu, peserta menunjukan minat yang tinggi, maka dengan ini minat saya untuk mengajar lebih tinggi dengan penuh semangat, saya gunakan masa tersebut, iaitu, dalam masa lima hari lima malam untuk lima puluh jam masa belajar, tidak termasuk masa untuk pendaftaran dan penyampaian sijil.

Walau pun mengajar lebih sepuluh jam sehari, saya merasa begitu seronok sekali, Dapat berkongsi pengetahuan dengan orang lain.
tapi malang sekali apabila bertukar pegawai, mereka kurang berminat untuk membangunkan OKU.
sepatutnya, kita jangan letakkan pembangunan OKU hanya dibawah jabatan kebajikan masyarakat sahaja, banyak lagi bebanan yang berat jabatan kebajikan masyarakat yang harus dipikul, KASIHANILAH MEREKA YANG TERLIBAT.
semuga agensi kerajaan yang lain juga dapat memberi peluang kepada OKU untuk bersama rakyat 1 Malaysia






1 comment:

eda said...

salam..saya sokong dgn apa yg anda katakan...untuk pengetahuan...suami sy juga dari kalangan o.k.u(pengelihatan..sy pula normal...dulu kerja dengan majikan cina...memerah tenaga kita cukup2..tp sekurang2nya dapat pengalaman...dan sekarang telah mula buat biznes sendiri...alhamdulillah,...