Thursday, July 12, 2007

Urut & Reflexology



Urut dan reflexology adalah satu kaedah rawatan semulajadi, yang mana telah diamalkan sejak zaman Firaun, iaitu beribu tahun yang lalu sebelum masihi. ia juga diamalkan oleh nenek moyang kita.
walau pun kini zaman moden yang berteknology semakin canggih, masih ramai lagi penduduk dunia terus mengamalkan urut sama ada secara tradisional ataupun secara moden. termasuk juga Malaysia.
walau bagaimana pun, kita telah dikejutkan dengan isu rumah urut yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, yang terdiri dari warga asing yang kita tidak ketahui latar belakangnya dan sejauh mana kemahirannya.
berikutan dengan ini lesen perniagaan perkhidmatan urut telah di bekukan di K.L dan Selangor.
saya berharap semoga satu hari nanti bidang urut dapat dimenapolikan oleh OKU Penglihatan, dengan ini juga adalah peluang mereka mencari rezeki yang halal, semoga kita semua dapat memberi sokongan yang padu.
selain menghapuskan pengemis buta, kita juga dapat mengurangkan aktiviti pelacuran warga asing serta dapat membawa negara kita kepada imej yang lebih baik.

BERSAMA KITA BERUSAHA KEARAH KECEMERLANGAN O.K.U GEMILANG DAN TERBILANG

Tuesday, June 5, 2007

Memohon Maaf



sudah lama tidak menulis kerana beberapa sebab
1. line internet ada problem
2. sibuk dengan cawangan baru dibuka di kampong bahru
3. sebagai setiausaha banyak kerja-kerja persatuan yang hendak dilaksanakan

amalan berurut dapat melancarkan pengaliran darah, ianya juga dapat mengurangkan stress yang mana masa kini tidak ada siapa pun yang hidup tanpa stress
amalan berurut juga dapat menguatkan sistem badan kita

Monday, June 4, 2007

berdikari secara profesional


walau pun mereka tidak dapat melihat serta tidak dapat menikmati keindahan alam mereka tetap bahagia menikmati kehidupan dalam kegelapan yang bercahaya. mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. semoga mereka terus bahagia dengan usaha mereka bagi menyara hidup mereka dengan sempurna saperti mana orang yang normal dan cukup sifat dari segi fizikal

Thursday, May 3, 2007

seminar peningkatan




hanya inilah cara membantu rakan senasib demi kejayaan bersama
semoga orang cacat penglihatan di Malaysia dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang urut secara profesional, dan semoga dengan ini juga pihak berkuasa dapat mempertibangkan lesen urut hanya diberi kepada orang cacat penglihatan, saperti mana yang berlaku di negara Jepun,Taiwan, China, Korea dan Hong Kong, lesen urut dikeluarkan hanya kepada orang cacat penglihatan yang berkelayakan sahaja.
sekali lagi harapan saya semoga berlaku di Malaysia, maka dengan ini semoga tidak kelihatan lagi peminta sedekah buta yang berkeliaran saperti mana yang selalu diperkatakan.
semoga bersama kita dapat membantu mereka

Wednesday, May 2, 2007

Saling Membantu

ini gambar pelajar cacat penglihatan dari Vietnam dan Myanmar sedang mengikuti program tiga tahun setengah di Jepun melalui International Club for the Visually Impaired Person.
enam bulan pertama diajar daily living skill



semua orang tahu bagaimana ganasnya jepun satu ketika dulu, sampai sanggup menyeksamanusia hidup-hidup.
walau bagaimana pun itu semua telah berlalu
kini jepun ingin menebus segala kesilapannya yang lalu
ini terbukti yang mana masa kini jepun membantu orang-orang dari seluruh negara asia terutamanya yang memerlukan, bergantung kepada keperluan masing-masing.
ini tidak ketinggalan keperluan orang-orang cacat, ianya dilatih dalam semua aspek.
dengan bertujuan kemajuan yang dicapai olih jepun ingin dikongsi bersama dengan yang lain. (bukan mahu makan sendiri) cuba kita belajar dan mengajar diri kita sendiri bagi saling membantu demi kejayaan bersama dan merasa bangga dengan kejayaan orang lain, jangan ada perasaan hasad dengki (phd) kita kena mengajar minda berjaya bersama

kenangan


semasa visit study dimassage clinic di jepun

Tuesday, May 1, 2007

kenangan okinawa

masih terkenangkan orang di sana

Monday, April 30, 2007

belajar urut

sejak 1984 saya mula belajar mengurut, hingga kini saya masih belum puas belajar. semakin lama kita belajar semakin mendalam kita memperolihi ilmu itu. ibarat semakin dalam kita menykam lautan semakin banyak perkara dan benda yang kita lihat yang mana kita tak pernah tengok sebelum ini.
saya akan terus memburu dan mencari sesuatu dalam bidang urut secara saintifik dan digabungkan secara oriental
memang seronokmempelajarinya secara mendalam

Wednesday, April 25, 2007

Memperkenalkan diri

SATU masa lalu kisah hidupnya menjadi paparan dalam media menerusi ruangan Kisah Masyarakat. Kesusahannya mengharungi hidup terpampang dan ia meraih simpati untuk saat itu sahaja.

Menyedari dia tidak boleh bergantung kepada simpati masyarakat, akhirnya ibu tunggal berusia 53 tahun ini nekad melakukan sesuatu untuk menampung hidupnya.

Kini setelah 18 tahun berlalu, Norimah Ahmad berjaya membuktikan kepada masyarakat dia mampu membesarkan dua orang anak perempuannya tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain.

Menyusuri setiap kejayaan yang tertulis pada keratan akhbar dan rencana yang terpampang di satu sudut Pusat Rawatan Nuri Refleksologi miliknya sendiri, terbuktilah ketabahan wanita ini bukan hanya perlu dibaca tetapi patut dicontohi.

Dengan semangat dan kecekalan itu Norimah membina kehidupannya bersandarkan usaha dan kemahiran yang dimilikinya.

Menyingkap kisah waktu remajanya, Norimah tidak pernah berpisah walau sedetik pun dengan keluarganya sejak dari kecil lagi.

Namun, demi mencari pengalaman dan mencuba dunia baru, pada usia 17 tahun Norimah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sebagai calon persendirian.

Tidak cukup dengan SRP, Norimah mencuba nasib untuk lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak enam kali.

Ternyata kesungguhan Norimah tidak pernah berhenti walaupun tahap penglihatannya mencapai tahap yang kritikal dan dia gagal dalam SPM.

Tidak lama selepas itu Norimah bertemu jodoh dan memperoleh dua orang puteri, Norazatul Hafiza Mohd. Amin dan Noraini Azlin Mohd. Amin. Sayangnya, jodoh Norimah tidak panjang.

Kegagalan dalam rumah tangga tidak pernah mematahkan semangat wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

“Saya sentiasa ingin berjaya dan mencapai kepuasan hidup dengan kebolehan yang ada.

“Tanpa mengenal erti putus asa, bermula pada tahun 1984, saya telah mempelajari seni urutan fisiologi daripada seorang guru di Temerloh, Pahang,” jelasnya.

Bercerita tentang perniagaan yang diceburinya, Norimah berkata, ketika berumur 22 tahun dia telah mendapat kepercayaan sebagai tenaga pelatih di Pusat Latihan Orang Buta, Brickfield, Kuala Lumpur.

“Sebagai wanita, saya terfikir untuk melakukan satu perubahan bagi menyara keluarga dan memastikan anak-anak saya berjaya. Dengan pengalaman yang ada, saya mengambil langkah awal membuka perniagaan di Plaza Warisan, Kuala Lumpur,” bicara anak sulung daripada sembilan adik-beradik ini.

Namun, kedai Norimah hanya mampu bertahan selama setahun di Plaza Warisan kerana kurang sambutan ekoran kegawatan ekonomi ketika itu.

Tetapi wanita ini tidak mudah mengalah. Norimah kemudian mengambil keputusan untuk membuka kedai di Tingkat 2, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Kini setelah hampir 11 tahun, Norimah mampu berbangga dengan kemajuan perniagaannya yang bukan sahaja membantu masyarakat mengenal punca penyakit tetapi memberi peluang kepada pekerja lain yang rata-ratanya senasib dengan diri Norimah.

Ditanya tentang resipi kejayaannya melentur anak-anak, Norimah memberitahu, dia tidak pernah mengabaikan anak-anak walaupun dia terlalu sibuk dengan kerja.

“Anak-anak saya tinggal di asrama ketika bersekolah dan saya akan membawa mereka ke kedai semasa cuti sekolah.

“Kini anak bongsu saya sedang mengambil kursus urutan di Jepun dan yang sulung baru sahaja menghabiskan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya ingin mewariskan perniagaan saya kepada anak-anak supaya bidang ini nanti tidak akan lenyap begitu sahaja,” jelas Norimah yang pernah mengikuti kursus urutan di China dan India.

Wanita yang begitu teliti dalam memastikan anak-anaknya berjaya ini menyimpan cita-cita untuk memiliki sebuah pusat latihan sendiri dan ingin menjadi pengajar urutan refleksologi profesional.

Norimah menasihatkan golongan yang kurang upaya dan ibu tunggal supaya jangan menganggap diri keseorangan. Mereka sendiri perlu berusaha untuk mengubah nasib diri.

Lapuran oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH (Utusan Malaysia, Jun 27, 2006)