Saturday, April 26, 2014

SENARAI PERKHIDMATAN & HARGA / SERVICE & PRICE LIST

Refleksology Kaki / Foot Reflexology

30 Minit / Minutes ....................RM30.00
45 Minit / Minutes ....................RM40.00
60 Minit / Minutes  ...................RM50.00
90 Minit / Minutes ....................RM75.00

Urut Seluruh Badan / Full Body Massage

60 Minit / Minutes ....................RM60.00
90 Minit / Minutes ....................RM85.00
120 Minit / Minutes ..................RM110.00

Urut Belakang, Bahu & Tengkuk / Back, Shoulder & Neck Massage
30 Minit / Minutes ....................RM40.00
45 Minit / Minutes ....................RM50.00
60 Minit / Minutes ....................RM60.00

PAKEJ ISTIMEWA / SPECIAL PACKAGE
60 Minit : Refleksologi Kaki + Urut Belakang, Bahu & Tengkuk = RM60.00
60 Minutes : Foot Reflexology + Back, Shoulder & Neck Massage = RM60.00


Tuesday, October 15, 2013

NURI REFLEXOLOGY THERAPY di Medan MARA dalam proses penjenamaan semula (rebranding) dengan nama "NURI WELLNESS CENTRE" ini akan diikuti di cawangan yang lain

Wednesday, April 24, 2013

Inilah ahli keluarga NURI yang berkhidmat di NURI REFLEXOLOGY THERAPY @ LCCT Airport.
tapi, gambar ni diambil pada 27/9/2011, sempena hari lahir Cikgu Norimah (pemilik NRT). ada yang masih di sini dan ada juga yang dah keluar mencari haluan masing2....
kini semuanya ada 10 orang juru-urut... :)

Ucapan Kasih Dari Kami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
salam kasih salam mesra buat semua pembaca yang sudi singgah sejenak di sini. Sudah lama rasanya ruangan ini senyap dan sunyi tanpa sebarang perkhabaran. kami seluruh warga NURI ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak, pembaca2 blog amnya, pelanggan2 yang pernah datang menikmati urutan di NURI khususnya. kami sangat menghargai sokongan dan galakan yang diberikan oleh kalian semua....
semoga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa dalam lindungan kasih ALLAH SWT... 

Sunday, March 17, 2013

Penjenamaan Semula

Assalam mualaikum dan Salam sejahtera.
Nuri Reflexology Therapy dalam proses penjenamaan semula (Nuri Wellness Centre)

Saturday, February 11, 2012

rasa rindu nak menulis

Friday, October 30, 2009

RIBUAN AMPUN DAN MAAF





Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf, kepada pengunjung blog ini, kerana sekian lama saya tidak dapat mengemaskinikan blog ini.

Dalam tahun 2008, (tahun lepas) saya dapat menyertai Program Basmi Kemiskinan, dibawah Program GIATMARA.pada mulanya agak sukar sekali, kerana, mereka berpendapat OKU adalah di bawah Jabatan Kebajiikan Masyarakat. tapi oleh kerana pegawai yang saya berurusan itu boleh dibawa berbincang, maka akhirnya saya berjaya mengendalikan lima program, setiap satu program, 20 peserta, saya gunakan peluang yang ada, iaitu, peserta menunjukan minat yang tinggi, maka dengan ini minat saya untuk mengajar lebih tinggi dengan penuh semangat, saya gunakan masa tersebut, iaitu, dalam masa lima hari lima malam untuk lima puluh jam masa belajar, tidak termasuk masa untuk pendaftaran dan penyampaian sijil.

Walau pun mengajar lebih sepuluh jam sehari, saya merasa begitu seronok sekali, Dapat berkongsi pengetahuan dengan orang lain.
tapi malang sekali apabila bertukar pegawai, mereka kurang berminat untuk membangunkan OKU.
sepatutnya, kita jangan letakkan pembangunan OKU hanya dibawah jabatan kebajikan masyarakat sahaja, banyak lagi bebanan yang berat jabatan kebajikan masyarakat yang harus dipikul, KASIHANILAH MEREKA YANG TERLIBAT.
semuga agensi kerajaan yang lain juga dapat memberi peluang kepada OKU untuk bersama rakyat 1 Malaysia